Jangan lupa bagi Like ye, terima kasih.
Showing posts with label Telemovie Astro. Show all posts
Showing posts with label Telemovie Astro. Show all posts

Thursday, 3 December 2015

Tonton Awaklah Imam Saya

Tonton Awaklah Imam Saya

Sinopsis Awaklah Imam Saya

Mengisahkan tentang pencarian suami oleh dua gadis cantik di sebuah kampung. Mereka mahu bersuamikan seorang lelaki yang mempunyai ilmu agama dan mampu untuk menjadi imam setelah mereka mendirikan rumahtangga. Pelbagai cara dan usaha dilakukan oleh lelaki yang menyukai mereka bagi memenangi hati mereka.

Pelakon: Fattah Amin, Shuib Sepahtu, Izreen Azminda, Faye Kusyairi, Reza Hasbi, Tatty Hassan, Hana Idora.


Friday, 31 July 2015

Hantu Bluerey

Hantu Bluerey

Sinopsis Hantu Bluerey

Joni dan Zain adalah rakan kerjasama mengedar cakera cetak rompak di Kuala Lumpur. Satu hari, mereka telah menjumpai video yang mengandungi klip seorang gadis seksi, Sofia. Joni ingin mengambil kesempatan ini untuk mendapat untung yang besar namun Sofia, gadis di dalam video itu ditemui mati. Rohnya pula cuba berkomunikasi dengan mereka.


Tuesday, 28 July 2015

Hantu Wefie

Hantu Wefie Astro

Sinopsis Hantu Wefie

Saleh masih merindukan Emma dan berharap yang Emma masih bersamanya. Reza pula bertukar menjadi hantu selepas membunuh diri di dalam penjara dan ingin membalas dendam kepada Saleh. Adakah Saleh terselamat daripada dihantui oleh hantu Reza? Sama-sama kita saksikan. Lakonan hebat Zizan Razak, Emma maembong dan Jihan Muse.


Tuesday, 9 June 2015

Tonton Gebu Gebu Manis, Astro Ria [2015]

Gebu Gebu Manis Astro

Sinopsis Gebu Gebu Manis

Mengisahkan tentang persahabatan antara Hamdi (Nazim Othman) dan Dollah (Abam Bocey) yang sering bertukar-tukar pekerjaan. Dek kerana pelbagai masalah yang melanda akhirnya mereka sepakat untuk pulang ke kampung. Kerana mahu mencari pendapatan yang lebih, kedua-dua sahabat ini mahu menjual pau memandangkan Dollah mempunyai kepakaran tersebut dan Hamdi pakar pemasaran. Dalam tempoh dua minggu, perniagaan mereka nampak maju dan pada masa yang sama, Amirah yang juga merupakan rakan sekampung dilanda masalah kewangan yang teruk.

Tidak setakat bermasalah, Amirah sakit hati melihat kejayaan kedua-dua sahabat itu. Dia juga diarahkan oleh pemilik The Kerepek House tempatnya bekerja untuk menghancurkan bisnes mereka. Amirah terpaksa akur memandangkan dia juga dihimpit masalah dan mula menjalinkan hubungan cinta dengan Hamdi. Pada masa yang sama, Pak Maun yang juga merupakan bapa Dollah meminati wanita berkenaan. Akibat perbuatan Amirah, akhirnya bisnes yang diusahakan oleh dua sahabat itu hancur. Hamdi dan Dollah juga bermusuhan akibat salah faham yang berpanjangan. Tidak mahu duduk diam, akhirnya mereka menyiasat perkara yang terjadi sehingga terbongkar rahsia Amirah yang melakukan semuanya.

Pelakon Abam Bocey, Nazim Othman, Reen Rahim, Fadhil Dhani, Naizen, Kazar dan Man Raja Lawak.



Download Link

Monday, 11 May 2015

Tonton Perempuan Lindungan Kaabah

Tonton Perempuan Lindungan Kaabah

Sinopsis PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH

PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH adalah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.
Hanan dijaga oleh Datin Zaleha sebagai anak angkat setelah ibunya yang bekerja sebagai orang gaji di rumah Datin tersebut meninggal dunia.

Amir yang turut tinggal di banglo Datin Zaleha juga anak angkat. Dia bekerja sebagai peguam syariah. Hanan menganggap Amir sebagai abang kandungnya.

FAREEZ…anak tunggal kepada Datin Zaleha dan berkelulusan luar Negara. Kacak tapi sudah terpesong jauh dari landasan agama. Hanan dan Fareez bagaikan langit dan bumi. Hanan dan Fareez bagaikan orang asing walaupun tinggal di dalam banglo yang sama.

Untuk kembalikan Fareez kepada jalan yang betul, Datin Zaleha nekad untuk satukan Fareez dan Hanan. Dia yakin yang Hanan dapat membentuk Fareez. Hanan yang berat hati untuk berkahwin dengan Fareez terpaksa akur kerana jasa Datin Zaleha yang telah menjaganya dari kecil. Fareez yang sudah mempunyai kekasih iaitu Sally membangkang keras tapi terpaksa juga terima kerana ugutan Datin Zaleha yang akan menarik semula semua harta dan akan serahkan kepada Amir.

Alex…seorang lelaki cina yang jatuh cinta kepada Hanan pada pandangan pertama. Dia merupakan kawan rapat kepada Fareez. Dia ingin dalami agama Islam semenjak bertemu Hanan. Mereka akan berhubung melalui telepon dan internet kerana Hanan amat menjaga tingkah lakunya. Hanan yang sering berhubung dengan Alex mula jatuh cinta tapi terpaksa pendamkannya kerana akan berkahwin dengan Fareez. Alex jadi sasau bila Hanan akan berkahwin tapi tidak mengetahui bahawa lelaki tersebut adalah Fareez.

Hanan dan Fareez berkahwin tapi mereka telah menetapkan untuk membuat hal masing2. Fareez sering mengusik Hanan dengan hujah2 agama apabila Hanan tidak jalankan tanggungjawabnya sebagai isteri. Sweet sangat walaupun mereka bergaduh. Dalam bergaduh akhirnya Fareez jatuh cinta dengan Hanan. Dia mula tidak hiraukan Sally dan Sally menaruh dendam kepada Hanan.

Sally yang mengandungkan anak Azhari iaitu musuh ketat Fareez memberitahu Hanan bahawa anak tersebut adalah anak Fareez. Hanan yang mula cintakan Fareez amat tertekan dan desak Fareez untuk berkahwin dengan Sally. Sally yang marahkan Fareez mula berpakat dengan Azhari untuk jatuhkan perniagaan Fareez. Maklumat sulit beberapa projek telah diberikan kepada Azhari.

Dalam diam Fareez menyiasat mengenai Sally atas bantuan Alex. Segala perbuatan Sally telah dibongkarkan oleh Fareez dan mengugut untuk membuat laporan polis. Sally yang berasa tergugat telah membuat laporan polis atas segala rancangan jahat Azhari. Ianya atas nasihat Hanan yang simpati dengan nasib Sally dan berjanji untuk Fareez tidak akan mengambil tindakan polis.

Akibatnya Azhari kehilangan projek kerana mencuri maklumat syarikat Fareez. Dia telah menculik Hanan dan Sally meninggal dunia akibat kehilangan banyak darah ketika cuba membantu Hanan.
Alex berjaya jejaki Azhari dan dia ditangkap polis. Hanan selamat dan hidup bahagia bersama Fareez. Mereka dikurniakan anak lelaki dan Alex membawa diri ke Jordan. Dia bertemu jodoh dengan anak rakan perniagaannya. Amir pula cuba disatukan oleh Datin Zaleha dengan kawan baik Hanan iaitu Rozi.

Pelakon Diana Dianelle, Sharnaaz Ahmad, Keith Foo, Farahdhiya, Amar Asyraf, Aida Khalida, Ziela Jalil.


Download Link
UPTOBOX

Tonton Seteguh Hati Rabiatul Adawiyah

Seteguh Hati Rabiatul Adawiyah

Sinopsis Seteguh Hati Rabiatul Adawiyah

Seteguh Hati Rabiatul Adawiyah adalah telefilem terbaru karya Rashid Sibir, mengisahkan seorang ibu bernama Salbiah (Rita Rudaini), yang berkahwin dengan seorang duda, Daud (Jalil Hamid) yang mempunyai dua orang anak lelaki, Madi (Hirzi Jalil) dan Hassan (Zahiril Adzim).

Salbiah mengorbankan masa mudanya untuk berkahwin dengan Daud dan menjadi ibu susuan kepada Madi. Salbiah amat menyayangi Daud serta Hassan dan Madi. Hubungan Salbiah dan Madi sangat rapat manakala Hassan mencemburui Madi kerana dia merasakan dia kurang kasih seorang ibu. Pelbagai konflik yang berlaku tetapi Salbiah tetap tabah mengharungi dugaannya itu dengan redha.

Pelakon Jalil Hamid, Rita Rudaini, Zahiril Adzim, Hirzi Jalil, Kuna, Hana Basray.


Download Link
UPTOBOX

Meniti Cinta Di Starimost

Meniti Cinta Di Starimost

Sinopsis Meniti Cinta Di Starimost

Telemovie Meniti Cinta Di Starimost mengisahkan Iman dipaksa berkahwin dengan Qaseh, anak kepada orang gajinya untuk mewarisi harta bapanya. Percutian mereka di Bosnia membuahkan bibit-bibit cinta. Pelakon Ikram Dinzly, Zarina Zainoordin, Esma Danial, Yana Samsudin, Anne Abdullah, Zarina Zainuddin, Iskandar Zulkarnain.


Download Link
UPTOBOX

Tuesday, 28 April 2015

Telefilem Pen Merah Pen Biru

Telefilem Pen Merah Pen Biru

Sinopsis Pen Merah Pen Biru

Apakah yang akan terjadi apabila dua musuh ketat, akhirnya merancang untuk membina rumah tangga bersama-sama? Gandingan pelakon Nazim Othman dan Scha Alyahya.


Download Link
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

Friday, 17 April 2015

Tonton Cik Puan Sinderella

Tonton Cik Puan Sinderella

Sinopsis Cik Puan Sinderella

Telefilem Cik Puan Sinderella ini mengisahkan kehidupan lucu seorang gadis remaja yang dikongkong oleh ibunya daripada dunia luar. Dibintangi oleh Ummi Nazeera, Airel Zafrel, Zarina Zainuddin, Nadia Aqilah, Fitri Hiswady dan Ruzana Ibrahim.

Tuesday, 24 March 2015

Orang Gaji Pontianak

Orang Gaji Pontianak

Sinopsis Orang Gaji Pontianak, Astro Maya HD

Telefilem kelakar seram untuk menjadi seorang manusia biasa, Ponty harus berkahwin dengan lelaki berketurunan Kerabat Riau Lingga seperti Reza. Maka, langkah pertama untuk mencapai hasratnya Ponty cuba untuk menjadi orang gaji di rumah Reza. Berjayakan Ponty menjadi manusia?

Lakonan Jihan Musa, Uqasha Senrose, Josiah Hogan, Sheila Mambo.


Monday, 16 March 2015

Girlfriend Aku Dari Nereka

Girlfriend Aku Dari Nereka Astro

Sinopsis Girlfriend Aku Dari Nereka

Girlfriend Aku Dari Nereka merupakan sebuah telemovie romantik komedi terbaru di Astro Maya HD. Mengisahkan Rudi yang menjalinkan hubungan kekasih bersama Tasha, atau lebih dikenali sebagai “Awek Dari Neraka”. Lakonan mantap Aiman Hakim Ridza, Ayda Jebat, Sharifah Sakinah, Aidit Sharifah Shahora.



Download Link

Wednesday, 25 February 2015

Aku Tunggu Kau Ni!

Aku Tunggu Kau Ni

Sinopsis Aku Tunggu Kau Ni!

Telemovie Aku Tunggu Kau Ni! mengisahkan Imran mendapati bakal kakal iparnya adalah junior yang pernah dihina, dibuli dan ditolak cintanya semasa di kolej dulu. Kerana Imranlah Fina gagal bab cinta dan menghidapi sindrom merendah diri. Saksikan kisah Aku Tunggu Kau Ni! lakonan Nur Fathia Latif, Fattah Amin dan Faye Kusairi.



Download Link
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

Tuesday, 30 September 2014

Tonton Bibik Aku Nak Kahwin

Bibik Aku Nak Kahwin

Sinopsis Bibik Aku Nak Kahwin

Telefilem ini mengisahkan Mila yang setiap kali merancang untuk berkahwin pasti akan gagal. Macam-macam hal yang berlaku seperti calon suaminya mati mengejut, suami orang dan lain-lain lagi. Kerana kecewa Mila akhirnya membawa diri menjadi orang gaji di rumah Khalid atas bantuan Ajis. Khalid dan Zaiton mempunyai 2 orang anak Joe dan Sofea. Zaiton mempunyai butik pengantin dan dia seorang wanita yang ’gila kerja’. Khalid terpaksa memikul tanggungjawab menjaga anak-anak bila Zaiton tiada .Kehadiran Mila dicurigai Zaiton kerana dilihat Khalid seperti suka pada Mila.

Hampir 6 bulan Mila berkhidmat akhirnya mendapat panggilan daripada ibunya menyatakan ada orang ingin meminangnya. Mila teramat gembira, Joe dan Sofea sedih kerana selepas ini mereka terpaksa berpisah. Mereka telah menukarkan imej Mila sehingga Zaiton sangat terkejut melihat penampilan Mila.

Apa akan terjadi selepas itu? Telefilem ini semestinya menarik dan penuh dengan adegan yang lucu yang pasti membuat anda terhibur menontonnya.


BillionUp | Zippy

Monday, 18 August 2014

Tonton Sepahtu Kepok Bonda


Sinopsis Sepahtu Kepok Bonda

Mengisah Pak Ya Mempunyai 2 orang anak lelaki yang agak malas, Jep dan Shuib selalu bangun lewat dan jarang membantu kerja-kerja rumah. Pada suatu malam kedua-dua anak lelaki tersebut telah melihat ayah mereka dalam keadaaan kesedihan kerana belum dapat menunaikan hasrat untuk membina kepok untuk arwah isterinya. Lalu timbul keinsafan di dalam diri mereka dan bertekad mencari duit untuk membantu ayah mereka dengan membuat pelbagai pekerjaan di kampung mereka. Satu hari ketika membantu mak Dara menjemur kain, mereka terpandang seorang gadis cantik iaitu Elly anak kepada Mak Dara, maka bermulalah episod percintaan masing-masing untuk menawan hati Elly. Saksikan kisah selanjutnya..


BillionUp | Zippy

Saturday, 3 May 2014

Tonton Aku Mahu Super Bibik

Aku Mahu Super Bibik

Sinopsis Aku Mahu Super Bibik

Telemovie yang memaparkan kisah pencarian Superbibik oleh seorang remaja bernama Ina (Erynne Erynna). Pada mulanya, Ina ada seorang Bibik yang sangat pemalas dan suka mengambil kesempatan keatas majikannya. Ina ingin seorang bibik yang pandai membuat Selain kemahiran asas, seperti menggubah bunga, membaiki paip dan mahir berbahasa Inggeris. Dalam misi pencariannya, Ina mengadakan temu ramah ala-ala pencarian bintang realiti tv dan hanya mereka yang benar benar layak sahaja dan memenuhi kriteria yang diingini akan dipilih. Satu kejaiban berlaku apabila Ina dan Bibik barunya bertukar badan! Apakah kesudahan cerita mereka? Saksikan kisah selanjutnya...

Friday, 25 April 2014

Tonton Doa Depan Kaabah

Tonton Doa Depan Kaabah

Doa Depan Kaabah
Tekad empat sahabat untuk merialisasikan impian orang kampung ke Tanah Suci. Siapakah yang terpilih?

Tonton Cinta Di Gerai

Tonton Cinta Di Gerai

Sinopsis Cinta Di Gerai
Selepas 20 tahun hanya memakan makanan yang terbaik dan paling mewah, Romi telah memantapkan dirinya sebagai pengkritik makanan yang sukar untuk menerima. Dia telah ditakdirkan berjiran dan berkawan dengan seorang gadis golongan bawahan yang akan mengubah pandangan beliau ke atas kehidupan.

Tuesday, 8 April 2014

Tonton Cikgu Gengster

Cikgu Gengster "http://bloghiburansemasa.blogspot.com"

Sinopsis Cikgu Gengster

Ia mengisahkan Amar (Syed Ali), seorang gangster ‘kecil-kecilan’ merampas wang rompakan daripada anggota gangster lain bernama Terry.
Ketika melarikan diri daripada Terry, Amar bersembunyi dalam van dimiliki Haji Rahman. Tanpa sengaja, Haji Rahman (Zaidi Omar) membawa Amar menuju ke Kem Motivasi Bukit Tokak iaitu kem untuk pelajar bermasalah miliknya.
Amar menyelinap masuk ke kem itu lalu menyamar sebagai guru pelatih yang pernah mengikuti latihan ketenteraan. Haji Rahman yang sememangnya sedang kekurangan tenaga pengajar menerima Amar dengan besar hati sebagai guru motivasi yang baru.
Namun, kedatangan Amar tidak disenangi anak perempuan Haji Rahman iaitu Maria yang dapat merasakan Amar menyembunyikan status dirinya yang sebenar.
Amar mula mengajar pelajar bermasalah itu dengan caranya yang tersendiri iaitu sebagai Cikgu Gangster. Kedatangan Amar menimbulkan ketidakpuasan hati kepada semua pelajar itu kerana mereka kini semakin terikat dengan ‘cara ajaran’ Amar yang agresif.
Dalam pada itu, Amar yang sedang menyamar mula merasakan perubahan berlaku pada dirinya, di mana dia mula memikirkan mengenai kehidupannya yang selama ini penuh dengan perilaku tidak bermoral.
Akhirnya, Amar berubah dan mula belajar mendalami agama.
Hidup Amar semakin indah apabila Maria jatuh hati padanya. Namun dapatkah cinta mereka bersatu apabila Maria dapat tahu siapa Amar sebenarnya?

Saturday, 15 March 2014

Tonton Hati Untuk Siapa

Hati Untuk Siapa

Sinopsis Hati Untuk Siapa
Hati Untuk Siapa di Saluran Astro Prima 105 dilakonkan oleh Zul Arifin dan Siti Saleha. Telemovie ini mengisahkan percintaan sepasang pasangan kekasih yang telah dilamun cinta selama 9 tahun. Berimpian mengakhiri hubungan kasih ini dengan berumahtangga namun akhirnya si lelaki menyintai gadis lain.

Sunday, 2 February 2014

Tonton Pelangi I Love You

Sinopsis
Mengisahkan pelbagai kisah di Pelangi Resort kepunyaan Pak Long yang meninggal dunia dan mewasiatkannya kepada Dewi.