Sinopsis Cikgu Gengster
Ia mengisahkan Amar (Syed Ali), seorang gangster ‘kecil-kecilan’ merampas wang rompakan daripada anggota gangster lain bernama Terry.
Ketika melarikan diri daripada Terry, Amar bersembunyi dalam van dimiliki Haji Rahman. Tanpa sengaja, Haji Rahman (Zaidi Omar) membawa Amar menuju ke Kem Motivasi Bukit Tokak iaitu kem untuk pelajar bermasalah miliknya.
Amar menyelinap masuk ke kem itu lalu menyamar sebagai guru pelatih yang pernah mengikuti latihan ketenteraan. Haji Rahman yang sememangnya sedang kekurangan tenaga pengajar menerima Amar dengan besar hati sebagai guru motivasi yang baru.
Namun, kedatangan Amar tidak disenangi anak perempuan Haji Rahman iaitu Maria yang dapat merasakan Amar menyembunyikan status dirinya yang sebenar.
Amar mula mengajar pelajar bermasalah itu dengan caranya yang tersendiri iaitu sebagai Cikgu Gangster. Kedatangan Amar menimbulkan ketidakpuasan hati kepada semua pelajar itu kerana mereka kini semakin terikat dengan ‘cara ajaran’ Amar yang agresif.
Dalam pada itu, Amar yang sedang menyamar mula merasakan perubahan berlaku pada dirinya, di mana dia mula memikirkan mengenai kehidupannya yang selama ini penuh dengan perilaku tidak bermoral.
Akhirnya, Amar berubah dan mula belajar mendalami agama.
Hidup Amar semakin indah apabila Maria jatuh hati padanya. Namun dapatkah cinta mereka bersatu apabila Maria dapat tahu siapa Amar sebenarnya?