Jangan lupa bagi Like ye, terima kasih.

Thursday 15 August 2013

Raya Pak Pak Pong 2013

Raya Pak Pak Pong 2013

Pelakon
Aiman Hakim Ridza, Aliff Aziz, Syafie Naswip, Jalil Hamid, Sharifah Shahira, Esliza Loy
Sinopsis
Salim Maula, seorang duda mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Anas, Basyir dan Muaz. Salim Maula membesarkan anaknya sendiri selepas isterinya meninggal dunia semasa melahirkan Muaz. Dia memiliki perniagaan sendiri iaitu membuat bata blok. Kini semua anak-anaknya sudah dewasa dan hanya duduk menganggur di rumah kerana malas kerja. Walaupun sudah dewasa namun Pak Salim menjaga mereka seperti budak kecil membuatkan mereka naik lemak. Anas dipanggil 'Abang', Basyir dipanggil 'Adik' manakala Muaz dipanggil 'Baby' oleh Pak Salim. Pak Salim berharap anak-anaknya berubah sempena Ramadan yang bakal tiba . Oleh itu, Pak Salim telah memberikan setiap orang anaknya modal untuk memulakan perniagaan. Namun, hanya Anas dan Basyir yang menerima tawaran ayah mereka manakala Muaz memberikan alasan ingin menghabiskan masanya dengan beribadat pada Ramadan ini. Mungkinkah ini titik perubahan bagi ketiga-tiga anak Pak Salim? Saksikan kisahnya....