Pelakon
Zain Saidin, Emma Maembong, Mubarak Majid, Liza Abdullah, Izz Ilham
Sinopsis
Haji Rahman dan Mikail mula berkenalan dan berkawan apabila mereka menerima rawatan di hospital yang sama. Anak perempuan kepada Haji Rahman, Aishah sentiasa membaca ayat-ayat Al Quran semasa melawat ayahnya. Aisyah selalu bertengkar dengan Mikail kerana Aisyah berang dengan sikap Mikail yang bersekongkol membelikan makanan yang tidak sesuai untuk ayahnya yang mengidap penyakit kencing manis. Sejak perkenalan itu, Mikail bukan sahaja jatuh cinta kepada Aishah namun mula belajar keindahan Islam yang sebenar. Michael yang baru pulang ke tanah air tidak pernah merasai sambutan Aidilfitri. Setelah berkahwin dengan Aisyah dia mempelajari sesuatu yang baru dan teruja mengenai sambutan Hari Raya. Apakah konflik yang dihadapi oleh pasangan pengantin baru ini ketika di bulan mulia? Saksikan kisah selanjutnya...