Jangan lupa bagi Like ye, terima kasih.
Showing posts with label Telemovie Raya. Show all posts
Showing posts with label Telemovie Raya. Show all posts

Tuesday, 19 August 2014

Tonton Satu Syawal

Satu Syawal

Sinopsis Satu Syawal

Mengisahkan tentang keluarga En Mahathir yang mempunyai 3 orang anak yang ingin beraya bersama-sama mereka. Masing-masing mempunyai kisah dan masalah sendiri. Syafiq merupakan anak yang bongsu dan berkahwin dengan seorang janda beranak satu. Perkahwinan beliau tidak disukai oleh emak dan kakaknya seorang doktor yang sombong dan berlagak. saksikan kesudahan cerita ini seterusnya..


BillionUp | Zippy

Sunday, 17 August 2014

Tonton Spain Uoolss

 Spain Uoolss

Sinopsis Spain Uoolss

TV3 akan menyiarkan telemovie sempena Hari Raya ini bertajuk ‘Spain Uoolss’. Dilakonkan oleh Eirma Fatima, Nora Danish, dan Shaheizy Sam. Cerita yang mengisahkan Mak Cun yang sesat di perantauan.

Mak Cun telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 10,000 sebagai ibu tunggal terbaik di kampungnya. Dia bercadang untuk memberikan kejutan kepada anak perempuannya yang kini menetap di Sepanyol. Namun, Mak Cun berhadapan dengan masalah di Sepanyol kerana dia telah kehilangan alamat anaknya. Apa akan terjadi kepada Mak Cun?


BillionUp | Zippy

Friday, 15 August 2014

Tonton Raya Kosong Kosong

Raya Kosong Kosong

Sinopsis Raya Kosong Kosong

Kisah ini menceritakan tentang tiga orang adik beradik perempuan, AZAH, AZIE, AZU. Walaupun mereka adik beradik, mereka sering berjauhan dan tidak rapat. Ibu bapa mereka, PAK RAZIF dan MAK SALMAH berpeluang untuk ke umrah pada bulan Ramadhan yang akan datang. Tontonlah pertemuan semula tiga adik beradik dalam persiapan untuk menyambut perayaan Aidilfitri di kampung mereka.


BillionUp | Zippy

Tonton Misiku Kusut

 Misiku Kusut

Sinopsis Misiku Kusut

Seorang jururawat bernama Misah yang kusut sangat terkenal dengan bisnes sempritnya mengelak dari kekusutan di hospital menjelang hari raya dengan pulang bercuti lebih awal di kampung untuk meneruskan perniagaan biskut sempritnya, namun pelbagai insiden berlaku semasa dia di kampung di mana memaksa dia menjalankan tugas jururawat di kampungnya dan tersepit dengan dua jejaka iaitu Dr Joey dan Faris.


BillionUp | Zippy

Monday, 11 August 2014

Tonton Apabila Aidil Jumpa Fitri

Apabila Aidil Jumpa Fitri

Sinopsis Apabila Aidil Jumpa Fitri

Aidil ialah seorang DJ radio swasta yang sedang mencipta nama. Aidil yang baru berusia 25 tahun tetapi matang dalam kehidupan dan masih bujang. Dia sering mengendalikan rancangan radio pada waktu malam iaitu biasanya dari pukul 12 tengah malam sehingga 4 pagi. Rancangan yang dikendalikan ialah yang berkaitan dengan kisah realiti hidup masyarakat di kota. Walaupun duduk di Kuala Lumpur, Aidil telah lama membuat perancangan untuk berhari raya di kampungnya di Kuantan, Pahang. Tetapi genap 7 hari sebelum raya, Aidil diberitahu oleh ketuanya yang dia tidak boleh bercuti pada hari raya ini dan tambahan pula dia hidup bujang jadi lebih senanglah ketuanya meminta dia memberi laluan bercuti pada rakan sekerjanya yang dah berkahwin. Ini disebabkan ada rakan tugasnya yang melahirkan anak sebelum waktunya, ada pula yang terpaksa menjalani pembedahan dan ada beberapa lagi hal yang membuatkan dia diminta membatalkan percutiannya.


BillionUp | Zippy

Saturday, 9 August 2014

Tonton Yes Boss Raya

Yes Boss Raya

Sinopsis Yes Boss Raya

Apabila Aryana (Emma Maembong) dan Irham (Fahrin Ahmad) bertukar perwatakan selepas berkahwin, apakah akan berlaku? Aryana menjadi 'bossy' manakala Irham hanya mengikut kehendak Aryana. Irham mula rapat dengan Nisya (Nur Risteena) yang lemah lembut. Saksikan kesudahan kisah berhari raya antara Aryana dan Irham.



BillionUp | Zippy

Friday, 8 August 2014

Tonton Ada Apa Dengan Raya

Ada Apa Dengan Raya

Sinopsis Ada Apa Dengan Raya

Telefilem ini menceritakan tentang perjalanan balik kampung antara pasangan suami isteri yang berdepan dengan masalah kenderaan mereka untuk pulang beraya. Dalam perjalanan pulang mereka bertemu dengan beberapa orang lagi yang mempunyai masalah masing-masing yang menumpang kenderaan mereka. Saksikan kesudahan selanjutnya..

Tonton Ema Emyliana Raya

Ema Emyliana Raya

Sinopsis Ema Emyliana Raya

Menceritakan tentang pelbagai isu yang dikaitkan dengan Ramadhan, iaitu beberapa hari sebelum hari Raya, (Isu Baju raya & Kueh Raya) Emyliana ingin membantu kawannya yang kurang bernasib baik bernama Faridah dengan menganjurkan konsert amal.

Wednesday, 6 August 2014

Tonton Wak Sayang Lue!

Wak Sayang Lue!

Sinopsis Wak Sayang Lue!

Lila seorang gadis yang bekerja sebagai jurutol dan berkawan baik dengan Tipah dan Aril. Masing-masing tak sabar nak balik kampung untuk menyambut Hari raya. Ketika perasaan nak balik Kampung kian memuncak, muncul Jack, supervisor baru tempat mereka bekerja. Lila naik angin melihat Jack. Pada awalnya masing-masing terkejut melihat Lila dan Jack yang bergaduh. Kemudian baru mereka tahu Lila dan Jack adalah bekas kekasih. Lebih mengeruhkan keadaan bila Jack mengumumkan senarai orang yang dapat cuti raya. Lila, Tipah dan Aril tidak termasuk dalam list tersebut.



BillionUp | Zippy

Tonton Jihan Tak Nak Balik Raya

 Jihan Tak Nak Balik Raya

Sinopsis Jihan Tak Nak Balik Raya

Jihan, seorang wanita bekerjaya yang sangat benci akan Hari Raya terutamanya kerana dia masih belum berumahtangga walaupun sudah berumur 27 tahun. Memasak, melawat saudara-mara, beramah mesra bersama saudara, tangisan bayi dan kanak-kanak yang meminta duit raya. Dia juga bencikan riuh rendah dan bunyi bunga api. Kebenciannya bertambah semenjak dia putus tunang dan membuat keputusan untuk bercuti ke pulau pada raya kali ini dan dia menyuruh setiausahanya membuat tempahan di Avillion Hotel, malangnya apabila tiba di hotel tersebut, semua bilik telah ditempah. Dia akhirnya mengetahui yang pembantunya telah menempah sebuah homestay dengan nama yang sama. Oleh kerana tiada tempat untuk dituju, Jihan membuat keputusan untuk memandu ke Homestay tersebut dan segala-galanya mula kucar kacir.

Tuesday, 5 August 2014

Tonton Hantu Selfie

Hantu Selfie

Sinopsis Hantu Selfie

Saleh, seorang jejaka muda yang gemar mengambil selfie dan memuat naiknya ke internet. Suata hari, dia tertangkap gambar hantu cantik bernama Emma. Emma mahu Saleh mencari pembunuhnya dan Saleh ingin Emma monolongnya untuk menambat hati gadis idamannya Tisha.


BillionUp | Zippy

Monday, 4 August 2014

Tonton Ketupat Rendang Keju

Ketupat Rendang Keju

Sinopsis Ketupat Rendang Keju

Perkahwinan Adam dan Alysa yang berlainan latarbelakang mengalami pelbagai konflik sehingga berlarutan di bulan puasa dan raya. Alysa tidak suka cara hidup di kampung tapi terpaksa juga teruskan. Adam yang ada sikap jimat cermat dan suka membantah sering membuatkan mereka berkelahi. Sebenarnya Adam sedang membina satu rumah batu seperti impian Alysa. Di hari raya, Adam menunjukkan Alysa apa yang dia masak iaitu Ketupat dan Rendang Keju. Adam melambangkan yang kehidupan mereka suami isteri seperti makanan itu. Walaupun nampak pelik tapi sedap kalau di makan.

Lakonan Siti Saleha, Remy Ishak, Zila Bakarin, Kaza.


BillionUp | Zippy

Sunday, 3 August 2014

Tonton Angsa Masak Cabai

Angsa Masak Cabai

Sinopsis Angsa Masak Cabai

Tradisi keluarga Pak Noq wajib untuk memasak angsa masak cabai sebagai menu utama di Aidilfitri. Tetapi, Aidilfitri kali ini terdapat cabaran, apakah cabarannya?


BillionUp | Zippy

Tonton Atie Setan

Atie Setan

Sinopsis Atie Setan

Drama romatik komedi di saluran Astro Prima dan Maya HD mengisahkan Atie yang akhirnya pulang ke kampung lalu bertemu semula dengan Firdaus Helmi yang suka membulinya sewaktu kecil dulu. Adakah Atie akan cuba membalas dendam atau mungkinkah benci bertukar menjadi cinta.


BillionUp | Zippy

Thursday, 31 July 2014

Tonton Bibik I Artis

Bibik I Artis

Sinopsis Bibik I Artis

Mengisahkan bibik Mek telah menghadiri sati sesi uji bakat secara rahsia. Dia telah menerima beberapa tawaran berlakon. Apabila majikannya, Puan Murni mendapat tahu, dia tida berapa gemar akan hal itu kerana dikhuatiri bibik Mek tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan baik. Namun akhirnya, Puan Murni mengalah apabila dia dipecat oleh syarikatnya atas faktor krisis kewangan dan bibik Mek pula yang mengupahnya sebagai pembantu peribadi.



BillionUp | Zippy

Wednesday, 30 July 2014

Tonton Jangan Ambil Lembu Kami Raya

Jangan Ambil Lembu Kami Raya

Sinopsis Jangan Ambil Lembu Kami Raya
Badang telah hilang tiga hari sebelum Hari Raya dan sebenarnya lembu itu telah dijual oleh Sani dan Salleh. Ali memulakan siasatan untuk mencari siapakah dalang yang menjual Badang


BillionUp | Zippy

Tonton Kampung Girl Raya

Kampung Girl Raya

Sinopsis Kampung Girl Raya

Ain sarat mengandung 9 bulan dan mengidam pelbagai makanan yang pelik seperti daging unta, cempedak dan daging landak. Oleh itu, suaminya Asyraf harus memenuhi hasrat isterinya itu.



BillionUp | Zippy

Tuesday, 29 July 2014

Tonton Yang Mana Satu


Yang Mana Satu merupakan sebuah Telemovie Raya lakonan Anzalna (Aku Isterinya) dan Zoey Rahman (Tuan Rumah Pembantu Rumah) di TV3.


BillionUp | Zippy

Tonton Pontianak Teng Teng

Pontianak Teng Teng

Sinopsis Pontianak Teng Teng

Pontianak Teng Teng mengisahkan tentang seorang janda jelita yang bernama Indah. Indah sering menjadi tarikan kerana susuk badannya yang cantik dan rupa parasnya yang menarik. Apatah lagi Indah gemar berpakaian kebaya. Ramai pemuda kampung ingin mengambil kesempatan ke atas Indah untuk mendekatinya. Indah bekerja penoreh getah di kebun Pak Seman. Kehadirannya menjadi rebutan tiga sahabat baik Wardi, Asmadi dan Taib sehingga menjejaskan persahabatan mereka.

Namun, sejak kemunculan Indah, kampung tersebut menjadi gempar dengan kematian misteri jejaka-jejaka kampung. Saban minggu akan ada seorang jejaka kampung yang mati dan ditemani lakaran teng teng di sisinya. Penduduk kampung tertanya-tanya siapakah dalangnya, namun Mak Esah, seorang wanita tua yang dianggap gila oleh penduduk kampung mengesyaki ianya ada kaitan dengan Indah. Apakah yang terjadi selanjutnya?

Pelakon Rita Rudaini, Mak Jah, Yus Jambu dan Shah Tapaw.



BillionUp | Zippy

Tonton Kimchi Raya

Kimchi Raya

Sinopsis Kimchi Raya

mengisahkan Jihan, bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat agensi perlancongan, sangat meminati rancangan dan drama Korea, berangan-angan untuk berhari raya di Korea, sehinggakan suatu hari dia memenangi hadiah utama iaitu tiket penerbangan ke Korea dalam satu pertandingan, kebetulan tarikh tiket penerbangan ke Korea jatuh pada Hari Raya Aidilfitri.
Pelakon Syahrul Ridzwan, Norish Karman dan Shah Iskandar, Rita Rudaini, Mak Jah, Yus Jambu, Shah Tapaw, Man Raja Lawak, Fendi Seman, Amir Raja Lawak.



BillionUp | Zippy