Jangan lupa bagi Like ye, terima kasih.
Showing posts with label Telemovie RTM. Show all posts
Showing posts with label Telemovie RTM. Show all posts

Monday, 9 March 2015

Menantu Encik Ikan Masin

Sinopsis Menantu Encik Ikan Masin

Sinopsis Menantu Encik Ikan Masin

Telefilem yang mengisahkan seorang duda mencari calon suami untuk anak perempuannya. Menantu Encik Ikan Masin memulakan jalan ceritanya dengan Osman berharap anak perempuannya iaitu Mawar agar bertemu dengan jodoh sesuai yang dapat menjaga anaknya dengan baik. Osman juga merupakan peniaga warung dengan dibantu oleh Mak Minah yang bertindak sebagai penasihatnya dalam mencari pasangan Mawar. Mawar mempunyai wajah yang cantik dan perwatakan sopan santun sering menjadi rebutan ramai pemuda. Osman mula melakukan pelbagai ujian terhadap calon lelaki namun mendapati perancangan itu bukan mudah dilaksanakan. Ini kerana dia berdepan pelbagai cabaran. Akhirnya secara tidak sengaja dia bertemu dengan Haikal yang berasal daripada keluarga yang kaya.

Haikal akhirnya diperkenalkan dengan Mawar terpaut hati dengan gadis itu dan berusaha untuk memilikinya. Telefilem ini turut menampilkan Azroy (Acong Sweetchild) yang mula membuat perancangan jahat selepas dia ditolak Osman untuk menjadi suami Mawar. Malah, Mawar sendiri tidak meminati Azroy yang juga rakan sekerjanya di kilang.

Menantu Encik Ikan Masin menampilkan pelakon seperti Kazar, Liza Abdullah, Mas Muharni, Azhan Rani, Achong Sweetchild, Man Raja Lawak dan Arin Raja Lawak.


Wednesday, 25 February 2015

Telefilem Bintang Hati

Bintang Hati TV2

Sinopsis Bintang Hati

Mengisahkan Farhan dan Dian yang sudah bertunang, tetapi mereka mengambil masa yang lama untuk berkahwin kerana Farhan terlalu mengutamakan cita-citanya. Farhan bercita-cita untuk dinaikkan pangkat sebelum berkahwin selepas mendapat kepercayaan Datuk Halim.

Konflik bermula apabila muncul Nia anak tunggal Datuk Halim yang baru bekerja di pejabat bapanya. Nia mula menunjukkan tanda tertarik dengan Farhan.Sejak itu Nia sering mencari peluang untuk mendekati Farhan. Cubaan Nia mendekati Farhan berjaya apabila Farhan mula mengabaikan Dian.

Keadaan bertambah tegang sewaktu sambutan hari lahir Farhan. Dian dan Farhan mengadakan temu janji untuk berjumpa. Malangnya, Farhan leka dan menyambutnya dengan Nia dan rakan pejabat yang lain.

Dia terlupa dengan Dian yang setia menanti kehadirannya untuk meraikan hari lahirnya bersama seperti tahun-tahun sebelumnya.

Dian yang kecewa kerana Farhan tidak datang, mengalami kemalangan dan parah di hospital. Farhan menyesal kerana kelalaiannya Dian kemalangan dan dia memohon maaf kepada Dian.

Lalu adakah permohonan maaf Farhan diterima oleh Dian atau sebaliknya? Bagaimana pula dengan Nia yang begitu menyayangi Farhan.

Antara barisan pelakon terdiri daripada Sharnaaz Ahmad, Emma Maembong, Syatilla Melvin, Shaharuddin Tamby, Linda Helmi, Mustafa Kamal dan Aripah Damanhuri.


Thursday, 6 November 2014

Mak Ngah Rempit


Sinopsis Mak Ngah Rempit

Telefilem komedi lakonan Ruminah Sidek, Khaty Azean, Rozie Othman & Kaza.


Tuesday, 21 October 2014

Ala Emak... Kahwinkan Aku

Ala Emak... Kahwinkan Aku

Sinopsis Ala Emak... Kahwinkan Aku

Apakah reaksi ibu bapa seorang jejaka bernama Pijo apabila dia ingin menikah dan membina keluarga bersama Faikah? Keinginan Pijo menimbulkan kemusykilan keluarganya kerana dia dianggap bodoh-bodoh alang dan kemampuannya untuk menjadi suami dan bapa sangat diragui. Lakonan Zul Huzaimy, Mardiana Alwi, Rosnah Johari, Kazar, Liza Abdullah dan Oshin.




Wednesday, 15 October 2014

Asparagus


Sinopsis ASPARAGUS

Telefilem yang mengisahkan 3 orang wanita yang ingin bersuamikan orang muda sedangkan usianya sudah lanjut. Mereka merupakan sahabat dalam suatu perniagaan kecantikan. Pelbagai cara dilakukan untuk memenuhi hasrat masing-masing dan menunjukkan siapakah antara mereka yang hebat. Telefilem bertajuk ASPARAGUS merupakan lakonan Jasmin Hamid, Amyza Adnan, Zila Bakarin dan Fattah Amin.



MirrorDload

Tuesday, 30 September 2014

Tonton Oren dan Ceri

Oren dan Ceri

Sinopsis Oren dan Ceri

Telemovie Oren dan Ceri mengisahkan jodoh sepasang remaja yang hanya berhubungan menerusi laman sosial Facebook. Kisahnya semakin menarik apabila realitinya jodoh tersebut ada di depan mata namun masing-masing tidak menyedarinya.

Lakonan mantap Fathia Latif, Nazrief Nazri, Erin Malik, Norman Hakin, Airis Yasmin dan ramai lagi.


BillionUp | Zippy

Wednesday, 10 September 2014

Tonton Ringgit Ke Rupiah

Ringgit Ke Rupiah

Sinopsis Ringgit Ke Rupiah..?

Saksikan kisah komedi seorang lelaki bernama Suparman yang berketurunan Jawa dan berasal dari Batu Pahat, Johor. Suparman yang keluar dari kampung disebabkan salah faham dengan neneknya. Di bandar Suparman bercampur dengan pendatang haram dari Indonesia. Disebabkan kad pengenalan dirinya hilang, warga asing ini menyangkakan Suparman berasal dari Indonesia sehinggalah pada satu hari penempatan pendatang haram ini diserbu oleh pihak Polis. Apakah nasib Suparman selepas itu..? Saksikan kisah Ringgit Ke Rupiah.


Wednesday, 20 August 2014

Thursday, 19 June 2014

Tonton Munajat Cinta Ayahanda

Munajat Cinta Ayahanda

Sinopsis Munajat Cinta Ayahanda

Kisah seorang ayah yang kematian isteri dan tinggal bersendirian tanpa anak-anaknya. Orang kampung sering menjadikan dia mangsa dengan menuduhnya mempunyai hubungan dengan seorang janda di kampung itu. Lakonan Aman Graseka, Husairi, Sheera Iskandar, Fikree Bakar, Nik Marini dan Shaffiq.Kisah seorang ayah yang kematian isteri dan tinggal bersendirian tanpa anak-anaknya. Orang kampung sering menjadikan dia mangsa dengan menuduhnya mempunyai hubungan dengan seorang janda di kampung itu. Lakonan Aman Graseka, Husairi, Sheera Iskandar, Fikree Bakar, Nik Marini dan Shaffiq.

Wednesday, 11 June 2014

Tonton Alahai Abah

Alahai Abah

Sinopsis Alahai Abah

Telefilem komedi yang mengisahkan seorang bapa tunggal berusia 50an yang baru sahaja kematian isteri dan mempunyai 2 orang anak. Seorang lelaki masih bujang bernama Azrul yang tinggal bersama dengan Rashid. Tayangan TV2 pada 10/06/2014 jam 10 malam.

Tuesday, 3 June 2014

Tonton Ya Habibi

Ya Habibi

Sinopsis Ya Habibi

Ya Habibi mengisahkan jejaka kacak dan kelihatan sempurna di mata si gadis namun hakikatnya dibelenggu dengan masalah 2 orang kakak yang begitu mengongkong dan mengawal rapi kehidupannya. Habib, anak bongsu daripada 3 beradik dan miliki dua orang kakak. Habib telah dibesarkan oleh kakak-kakaknya sejak kecil setelah kematian kedua orang tuanya. Menampilkan barisan lakonan berkesan Izzue Islam dengan dibantu oleh Adrea Abdullah, Syatilla Melvin, Shuk Balas, Erin Malek dan Zarina Zainuddin.
Tonton la... Best citer ni..

Thursday, 29 May 2014

Tonton Opin & Olit

Opin & Olit

Sinopsis Opin & Olit

Tayangan TV2 pada 27/05/2014 yang lepas. Antara barisan pelakon terdiri daripada Arash Mohamad, Amyza Aznan, Reykal Iskandar, Danis Adam, Mohd Danish Zakwan, Syean dan Emelie Hanif. Sinopsis Opin & Olit akan dikemaskini kemudian. Tonton la dulu ye, yang pasti kisahnya menarik dan sesuai ditonton seisi keluarga terutamanya kanak-kanak.

Tonton Mat Jin Cicit Mat Jenin

Mat Jin Cicit Mat Jenin

Sinopsis Mat Jin Cicit Mat Jenin

Tayangan TVi antara barisan pelakon terdiri daripada Taiyuddin Bakar, Along Ezandy, Ruby Ooi, Jay Iswazir dan Adelaryana. Saksikan kisah lucu dalam Mat Jin Cicit Mat Jenin untuk hiburan anda seisi keluarga.

Wednesday, 28 May 2014

Tonton Insyirah

Insyirah TV1

Sinopsis Insyirah

Kisah Insyirah yang gagal dalam peperiksaan SPM. Dia berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menjadi pembantu rumah demi menyempurnakan cita-cita dan hasrat ibunya. Lakonan Fatin Nur Afifah Shamsudin, Elmy Moin, Sherry Merlis, Marissa Yasmin dan Zaidi Omar

Tonton Kelopak Cinta

Kelopak Cinta TVi

Saksikan telefilem Kelopak Cinta melalui link di bawah. Kelopak Cinta telah ditayangkan menerusi TVi pada 24 Mei 2014

Tuesday, 20 May 2014

Tonton Aira Airil

Sinopsis Aira Airil

Sinopsis Aira Airil

Saksikan telefilem Aira Airil kisah cinta empat segi yang melucukan. Barisan pelakon Izzue Islam. Hanez Suraya, Wan Sharmila, ZulAriffin dan ramai lagi. Tayangan RTM2 pada 20/05/2014 Jam 10 malam.

Friday, 16 May 2014

Tonton Suami Muda

Tonton Suami Muda

Tonton telemovie Suami Muda yang pasti mencuit hati anda. Suami Muda merupakan Kisah lucu yang sesuai untuk tontonan anda sekeluarga.

Thursday, 15 May 2014

Tonton 3 Hati Ibu

Tonton 3 Hati Ibu

SINOPSIS 3 HATI IBU

Drama 3 Hati Ibu mengisahkan watak wanita separuh abad, Hajah Wan Tom mahu menjodohkan Razman, anaknya dengan Atiqah, di masa yang sama Razman sudah ada pilihan hatinya iaitu Zaidah. Razman membawa Zaidah, gadis bandar yang moden ke kampungnya untuk menambat hati ibunya. Melalui Atiqah, Zaidah belajar menjadi wanita solehah, sesuatu yang jarang dilakukan sebelum ini.

Hajah Wan Tom mula tertarik dengan Zaidah dan mula mengenepikan Atiqah. Kerana tidak mahu di tuduh perigi mencari timba, Atiqah ditunangkan dengan Salleh dan Zaidah menerima berita ibunya meninggal kerana menderita penyakit barah.

Zaidah menolak cinta Razman kerana yang mahukan dia berkahwin dengan Razman adalah ibunya. Zaidah sanggup membayar berapa sahaja agar Salleh melepaskan Atiqah untuk Razman. Salleh setuju tetapi dengan syarat Zaidah berkahwin dengannya.