Jangan lupa bagi Like ye, terima kasih.

Thursday 23 March 2017

Misteri Wan Peah





Sinopsis Misteri Wan Peah

Kisah misteri seorang wanita tua yang tinggal di Kampung Kuala Pari Hilir. Dek sikapnya yang aneh, sering menyendiri dan tidak pernah senyum selain suka duduk dalam gelap membuatkan penduduk kampung menganggap Wan Peah (Normah Damanhuri) membela saka.

Akibat satu peristiwa dimana tiga rakan karib iaitu Yeh Kumbang (Acap Tokan), Li Kelubi (Zee Tokan) dan Ghani Gagap (Faiz Tapaw) telah disergah oleh Wan Peah sehingga mereka jatuh sakit, Wan Peah diherdik dan dicaci oleh penduduk kampung. Mereka mengatakan Wan Peah menggunakan ilmu hitam dan dia diberi amaran untuk tidak keluar rumah langsung.

Selama 12 tahun orang kampung tidak melihat kelibat Wan Peah, sehingga mereka berfikir bahawa Wan Peah sudah meninggal dunia. Tiada siapa peduli kerana mereka juga tidak berani untuk mendekati rumah Wan Peah.

Kemunculan Cik Siti (Sasqia Dahuri), merupakan janda anak seorang berpindah ke kampung itu bersama anaknya, Aisyah (Indah Emerlda DFKL) serta adiknya Nurin (Sweet Farhana). Lebih mengejutkan apabila Cik Siti berpindah ke rumah kosong bersebelahan dengan rumah Wan Peah.

Satu demi satu perkara pelik berlaku kepada Cik Siti dan keluarganya sejak Cik Siti berpindah ke situ. Bermula dengan peristiwa Aisyah yang hilang semasa bersiar-siar bersama Nurin dan akhirnya ditemui di tingkat bawah rumah Wan Peah. Orang kampung beranggapan bahawa hantu Wan Peah sudah mula mengganggu penduduk di situ kerana sering juga dilihat berjalan di kawasan kampung.

Farhan (Ariff Aziz), anak kepada Tok Hashim dan Mak Timah sudah pulang menetap di kampung itu. Dia bertugas sebagai guru ganti kepada kelas yang ditinggalkan oleh Cik Siti. Apabila Cik Siti kembali semula ke sekolah, mereka mula rapat

Perkara ini menyebabkan Cikgu Zaiton (Sherry Al-hadad) yang sememangnya cemburu kepada Cik Siti mula membawa mulut kononnya Cik Siti mengadakan cerita tentang hantu Wan Peah untuk menarik perhatian orang kampung. Perbuatan jahat Cikgu Zaiton turut disokong Mak Timah. Perhubungan mereka tidak akan mendapat restu Mak Timah sekiranya Farhan memilih Cik Siti.

Disebabkan itu, Cik Siti tekad untuk mencari kebenaran tentang Wan Peah. Cik Siti meminta bantuan tiga sekawan itu, namun kerana peristiwa silam mereka takut. Dapatkah Cik Siti merungkai kebenaran tentang misteri Wan Peah? Adakah benar Wan Peah sudah meninggal dunia dan rohnya yang telah mengganggu orang kampung kerana dirinya dihina?

Lakonan Normah Damanhuri, Zee Zainal, Acap Jamludin, Faiz Tapaw, Usop Wilcha, Dalimawati, Sasqia Dahuri, Sweet Qismina, Indah Emeerlda, Ariff Aziz, Sherry Alhadad, Cat Farish, Zarina Zainuddin.

MISTERI WAN PEAH EPISOD 1
MISTERI WAN PEAH EPISOD 2
MISTERI WAN PEAH EPISOD 3
MISTERI WAN PEAH EPISOD 4
MISTERI WAN PEAH EPISOD 5
MISTERI WAN PEAH EPISOD 6
MISTERI WAN PEAH EPISOD 7
MISTERI WAN PEAH EPISOD 8
MISTERI WAN PEAH EPISOD 9
MISTERI WAN PEAH EPISOD 10
MISTERI WAN PEAH EPISOD 11
MISTERI WAN PEAH EPISOD 12
MISTERI WAN PEAH EPISOD 13
MISTERI WAN PEAH EPISOD 14
MISTERI WAN PEAH EPISOD 15
MISTERI WAN PEAH EPISOD 16
MISTERI WAN PEAH EPISOD 17
MISTERI WAN PEAH EPISOD 18
MISTERI WAN PEAH EPISOD 19
MISTERI WAN PEAH EPISOD 20