Jangan lupa bagi Like ye, terima kasih.

Thursday 9 February 2017

Biar Aku Jadi Penunggu

Biar Aku Jadi Penunggu

Sinopsis Biar Aku Jadi Penunggu

Ifaat Hamani (Janna Nick) dan Afeef Adwan (Ashraf Muslim) ialah sahabat baik sejak di bangku sekolah lagi. Apabila Afeef mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di luar negara, ibunya telah meletakkan syarat agar Afeef mengakhiri zaman bujangnya terdahulu sebelum dia ke luar negara. Akibat terdesak, Afeef terpaksa menggunakan Ifaat sebagai batu loncatan.

Ifaat Hamani sebenarnya menaruh perasaan terhadap Afeef Adwan dalam diam dan berharap agar mereka dapat hidup dengan bahagia setelah Afeef pulang dari luar negara, seperti mana yang dijanjikan olehnya. Namun, perasaan keliru mula wujud dalam hati Ifaat apabila Afeef langsung tidak pernah menghubunginya setelah dia berlepas ke luar negara.

Ifaat tertanya-tanya bahawa adakah dia telah melakukan kesilapan dengan mengahwini seorang lelaki yang langsung tidak mencintainya. Selepas tiga tahun tanpa sebarang khabar berita, Afeef telah mengejutkan semua orang dengan kepulangannya ke tanahair bersama seorang anak lelaki.

Rupa-rupanya, Afeef telah mendirikan rumahtangga bersama Damia di luar negara, tetapi perkahwinan mereka itu gagal dan tidak dapat diselamatkan lagi. Oleh itu, Afeef kembali dengan sebuah harapan baharu, dia juga ingin menunaikan segala janjinya kepada Ifaat.

Hati Ifaat benar-benar terguris dengan apa yang telah terjadi. Dia menyambut kepulangan suaminya itu dengan dingin. Segala kasih sayangnya telah hapus apabila dia mengenangkan perbuatan suaminya yang menyakitkan hati itu. Sikap dingin Ifaat membuat Afeef berasa jauh hati dengan isterinya, lebih-lebih lagi apabila Ifaat sentiasa mengungkit sikap Afeef yang tidak setia dan suka mungkir janji.

Ifaat dan Afeef sering bertengkar dan juga tidak bersependapat kerana masing-masing mempunyai ego yang tinggi dan langsung tidak mahu mengalah. Ifaat juga tidak bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kerana Afeef telah mengkhianati kepercayaannya selama ini.

Rafaal yang sudah lama menaruh perasaan terhadap Iffat hanya mampu memendam perasaan. Harapannya untuk memiliki Iffat kembali terkubur dengan kehadiran Afeef. Dia tahu hati wanita itu hanya untuk Afeef. Afeef tetap berusaha untuk meraih kembali kepercayaan Iffat. Kesanggupan Iffat yang menunggunya hingga hampir empat tahun sudah cukup memberi petanda yang wanita itu mencintainya sepenuh hati.

Iffat yang sememangnya menyimpan rasa kasih buat Afeef reda menerima lelaki itu kembali sungguhpun luka di hatinya masih belum sembuh. Sekali lagi janji terpateri. Namun, kasih yang baru sahaja berputik, diduga dengan kehadiran Damia yang ingin kembali meraih cinta Afeef. Dalam masa yang sama pula, Afeef mengesyaki Iffat punya hubungan kasih dengan orang lain kerana cemburu. Sekali lagi Iffat terpaksa menanggung duka. Dituduh tanpa usul periksa membuatkan hatinya kembali terluka.

Lakonan Janna Nick, Ashraf Muslim, Miera Leyana, Fahmy Reza, Octovia Manrose, Shah Iskandar, Nik Adam Mika, Azar Azmi, Amir Rahim, Shah Tapaw, Jasmine Ashraff, Shah Sulaiman, Ziha Salleh, Roy Azman, Sharifah Shahora, Mahmod Ali Bashah, Wilma Muhammad, Alex Davies, Azhar Amir, Dilla Ahmad, Nurwardah Hasan, Falisha Crossley, Fieza, Arif Azri.

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 1
BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 2
BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 3
BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 4
BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 5
BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 6
BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 7
BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 8
BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 9
BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 10
BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 11
BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 12
BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 13
BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 14
BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 15
BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 16
BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 17
BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 18
BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 19
BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 20
BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 21
BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 22
BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 23
BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 24
BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 25
BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 26
BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 27
BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD AKHIR