Jangan lupa bagi Like ye, terima kasih.

Wednesday 27 January 2016

Tonton Cik Cenderella Dan Encik Tengku

Tonton Cik Cenderella Dan Encik Tengku

Sinopsis Cik Cinderella Dan Encik Tengku

Drama Cik Cinderella dan Encik Tengku mengisahkan tentang seorang gadis bernama Puteri Nuraisha yang tinggal bersama ayah kandung, ibu tiri dan kakak tiri.  Puteri Nuraisha sering dipinggirkan oleh ayahnya yang seolah melebihkan kakak tirinya bernama Sha.

Dalam masa yang sama, Puteri Nuraisha mempunyai seorang teman lelaki yang bernama Ashraf. Ashraf kerapkali meminjam wang dari Puteri Nuraisha tetapi tidak pernah hendak membayarnya semula. Semakin hari Puteri Nuraisha rasa semakin bosan dengan sikap lelaki itu.
Hendak dijadikan cerita, suatu hari Puteri Nuraisha bertemu dengan Daniel. Sikap dan raut wajah Daniel, membuatkan Puteri Nuraisha mula terpikat kepadanya. Namun dia berdepan dilema, kerana menurut amanat arwah ibunya, dia perlu berkahwin dengan Ashraf.

Tanpa diketahui oleh Puteri Nuraisha, kakak tirinya Sha turut menjalinkan hubungan sulit dengan Ashraf. Sha sangat cemburu dengan Puteri Nuraisha dan sering memantau segala gerak langkahnya. Suatu hari ketika segala persiapan perkahwinan telah dibuat, terbongkarlah rahsia antara Sha dan Ashraf dalam satu kejadian yang sangat mengaibkan.

Sanggupkan Puteri Nuraisha meneruskan perkahwinan itu demi memenuhi amanat arwah ibunya? Atau dia akan memilih Daniel, lelaki yang sentiasa bersamanya di saat suka dan duka. Apa pula akan terjadi kepada Sha yang telah menjatuhkan maruahnya sendiri hanya kerana seorang lelaki?

Mengandingkan pelakon Shukri Yahaya dan Zahirah Macwilson sebagai hero dan heroin, drama Cik Cinderella dan Encik Tengku diarahkan oleh Eoon Shuhaini. Antara pelakon lain yang dijangka akan membintangi drama bersiri 13 episod ini adalah Shah Iskandar, Zulin Aziz, Dato Eizlan Yusof, Aleeza Shahdan, Puteri Aishah dan ramai lagi.

CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU EPISOD 1 - 16/12/2015
CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU EPISOD 2 - 17/12/2015
CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU EPISOD 3 - 23/12/2015
CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU EPISOD 4 - 24/12/2015
CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU EPISOD 5 - 30/12/2015
CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU EPISOD 6 - 31/12/2015
CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU EPISOD 7 - 06/01/2016
CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU EPISOD 8 - 07/01/2016
CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU EPISOD 9 - 13/01/2016
CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU EPISOD 10 - 14/01/2016
CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU EPISOD 11 - 20/01/2016
CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU EPISOD 12 - 21/01/2016
CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU EPISOD AKHIR - 27/01/2016