Jangan lupa bagi Like ye, terima kasih.

Thursday 28 May 2015

Konsert Kilauan Emas 5

Konsert Kilauan Emas 5

Kilauan Emas 5

Kilauan Emas kembali dengan musim kelima tahun 2015 ini. Seramai 10 orang peserta telah dipilih daripada enam buah lokasi seluruh Malaysia untuk bersaing dalam program realiti Kilauan Emas musim kelima yang bakal membuka tirai pada 15 April 2015 ini. Daripada yang berjaya, tiga daripada 10 peserta mempunyai pengalaman dalam bidang seni selain seorang doktor. Bermula 15 April 2015, setiap Rabu, pukul 9 malam di Astro Prima (105) dan Maya HD (135)

Juri Tetap - Datuk Hattan dan Erra Fazira
Tenaga Pengajar - Ayai (Ilusi) dan guru vokal iaitu Siti Hajar dan Syafi
Format rancangan - pemarkahan iaitu 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus undian penonton

Senarai Peserta
1) Wan Muhammad Logan, 44, berasal dari Johor, pernah bergelar penyanyi dengan nama komersialnya, Elji dan merakam sebuah album terbitan Polygram Records.

2) Shahrul Zaman Kamaludin, 49, dari Kuala Lumpur adalah seorang pelakon dan merupakan adik kepada pengarah drama terkenal Along Kamaludin.

3) Nurashikin Ibrahim, 46, dari Selangor adalah seorang doktor.

4) Mursalim Muhidin, 44, dari Sabah,

5) Wan Mohd Hasbi, 40, (Kedah), 

6) Dzulkifli Jalil, 54, (Selangor)

7) Hassan Idris, 68, (Kuala Lumpur).

8) Hazlina Wati Zainuddin, 42, (Johor),

9) Noor Hayati Slamat, 54, (Perak),

10) Norasmah Ibrahim, 51, (Perak).