Jangan lupa bagi Like ye, terima kasih.

Thursday 2 April 2015

Tonton Suami Sebelah Rumah

SUAMI SEBELAH RUMAH TV3

Sinopsis Suami Sebelah Rumah

Mengisahkan lakonan Ayda Jebat sebagai Eryna terpaksa melamar Amar untuk jadi suaminya apabila tunangnya, Azlan lakonan Nazrief Nazri meminta pertunangan mereka diputuskan pada hari pernikahan mereka. Amar, lakonan Izzue Islam yang sememangnya mencintai Eryna sejak kecil lagi menerima permintaan Eryna dengan hati terbuka dan gembira. Tanpa pengetahuan ibu bapa masing-masing Eryna memaksa Amar untuk tinggal berasingan setelah mereka berhijrah ke Kuala Lumpur. Amar menuruti kehendak Eryna yang masih lagi belum bersedia untuk membuka pintu hati untuknya. Amar berazam untuk memikat hati Eryna dan cara terbaik ialah dengan menjadi jiran Eryna.. Maka wujudlah istilah suami sebelah rumah.

Kehadiran Amar menceriakan Iman dan Anis. Mereka berdua merupakan teman serumah Eryna. Eryna sedaya upaya cuba merahsiakan tentang suaminya yang tinggal bersebelahan dengannya. Keadaan menjadi haru biru apabila teman serumah Eryna iaitu Anis jatuh hati pula dengan Amar. Walaupun Eryna pernah menyatakan yang dia tidak akan pernah suka atau jatuh cinta dengan Amar, kesungguhan Amar sedikit sebanyak berjaya membuka pintu hatinya namun dia cuba menafikannya juga. Bagaimana reaksi Eryna apabila suaminya sendiri menjadi rebutan rakan-rakannya? Adakah Eryna masih lagi jual mahal dengan suami sebelah rumahnya itu? Tonton pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang di TV3.

Para pelakon Ayda Jebat, Izzue Islam, Nazrief Nazri, Zulin Aziz, Sheery Al-Hadad, Hanna Aqella, Ben Amirr.

Lagu tema Suami Sebelah Rumah Mata Kunci Cinta (Aisha Hanim) dan Tidak Pernah Berjumpa (Forteen)

SUAMI SEBELAH RUMAH EPISOD 1 - 02/03/2015
SUAMI SEBELAH RUMAH EPISOD 2 - 03/03/2015
SUAMI SEBELAH RUMAH EPISOD 3 - 04/03/2015
SUAMI SEBELAH RUMAH EPISOD 4 - 05/03/2015
SUAMI SEBELAH RUMAH EPISOD 5 - 09/03/2015
SUAMI SEBELAH RUMAH EPISOD 6 - 10/03/2015
SUAMI SEBELAH RUMAH EPISOD 7 - 11/03/2015
SUAMI SEBELAH RUMAH EPISOD 8 - 12/03/2015
SUAMI SEBELAH RUMAH EPISOD 9 - 16/03/2015
SUAMI SEBELAH RUMAH EPISOD 10 - 17/03/2015
SUAMI SEBELAH RUMAH EPISOD 11 - 18/03/2015
SUAMI SEBELAH RUMAH EPISOD 12 - 19/03/2015
SUAMI SEBELAH RUMAH EPISOD 13 - 23/03/2015
SUAMI SEBELAH RUMAH EPISOD 14 - 24/03/2015
SUAMI SEBELAH RUMAH EPISOD 15 - 25/03/2015
SUAMI SEBELAH RUMAH EPISOD 16 - 26/03/2015
SUAMI SEBELAH RUMAH EPISOD 17 - 30/03/2015
SUAMI SEBELAH RUMAH EPISOD 18 - 31/03/2015
SUAMI SEBELAH RUMAH EPISOD 19 - 01/04/2015
SUAMI SEBELAH RUMAH EPISOD AKHIR - 02/04/2015