Jangan lupa bagi Like ye, terima kasih.

Monday, 4 May 2015

Tonton Bencinta

Bencinta TV3

Sinopsis Bencinta

Nabil (Fattah Amin) yang menjadi anak yatim piatu selepas ibunya meninggal dunia akibat kemalangan ketika beliau berusia 10 tahun. Kemalangan kerana dilanggar oleh Majid (Datuk Eizlan Yusof) secara tak sengaja.

Mak saudaranya, Maimunah (Sabrina Ali) menghantar Nabil ke rumah anak yatim kerana menganggapnya sebagai pembawa sial. Di sana, Nabil berkawan rapat dengan Aishah (Bella Dally) dan Ikmal (Azri). Sifat kepimpinan Nabil terserlah sejak kecil.

Majid mengambil Nabil sebagai anak angkat sebagai menebus rasa bersalahnya terhadap Nabil yang kematian ibunya. Selepas setahun, Nabil menjadi anak angkat kepada Majid dan Maria (Amy Mastura) yang tidak dikurniakan cahaya mata. Walaupun hanya anak angkat, Nabil ditatang seperti minyak yang penuh oleh Maria.

Majid pula sering membawa Nabil ke pejabatnya kerana mahu mendidiknya sebagai waris syarikatnya sejak usia muda lagi. Tidak lama kemudian, Maria mengandung. Malangnya, Maria meninggal dunia selepas melahirkan seorang bayi perempuan yang dinamakan Nabila (Fathia Latiff).

Maria meninggalkan amanat kepada Nabil supaya menjaga Nabila dan mengahwini Nabila apabila mereka berdua dewasa nanti. Nabil menjaga Nabila dengan penuh kasih sayang. Namun, sikap Nabil yang terlalu mengongkong telah menyebabkan Nabila mula memberontak dan bencikan Nabil.

Lalu, Nabila yang dahagakan kebebasan telah membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Nabil tidak bersetuju tapi dia terpaksa akur kerana Majid telah memberikan kelepasan kepada Nabila.

Nabila mengambil jurusan perniagaan kerana dia mahu mengambil alih perniagaan ayahnya daripada jatuh ke tangan Nabil. Nabila telah bercinta dengan Adam (Erwin Dawson) namun mereka terpaksa berpisah apabila Adam dipanggil pulang oleh keluarganya selepas tamat pengajian.

Nabila dan Adam berjanji akan jumpa di Malaysia dan tidak akan memutuskan hubungan. Nabil pula berjumpa semula dengan Aishah dan Ikmal. Aishah masih memendam perasaan terhadap Nabil. Aishah mengambil peluang memenangi hati Nabil selepas berjaya mendapat jawatan sebagai pembantu peribadi kepada Nabil.

Kemunculan Natasya (Nazeera Sardi) sebagai klien Nabil telah menggugat perasaan Aishah. Natasya seorang wanita korporat yang lincah, tidak segan silu menggoda Nabil walaupun dalam urusan rasmi. Selepas tamat pengajian, Nabila pulang dengan tekad dan azam baharu. Suasana di rumah sudah berbeza kerana Nabil yang lebih berkuasa. Nabil yang mengatur semua urusan memandangkan Majid sudah uzur.

Nabila hanya bersabar dengan Nabil demi menjaga hati ayahnya. Kebencian Nabila terhadap Nabil bertambah apabila hanya diberikan jawatan biasa dalam syarikat ayahnya. Pertemuan semula Adam dan Nabila membibit semula cinta mereka. Nabila sering pulang lewat. Majid mula risau dan mahu Nabil mengawal cara hidup Nabila. Majid ingin menyatukan Nabil dan Nabila. Nabila terima Nabil dengan berat hati kerana tidak ingin syarikat keluarganya menjadi milik mutlak Nabil sekiranya dia tidak berkahwin dengan Nabil.

Selepas berkahwin, Nabila masih berjumpa dengan Adam tanpa menghiraukan perasaan suaminya. Nabil telah menyiasat mengenai Adam. Akhirnya, Nabil menunjukkan bukti bahawa Adam telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Walaupun begitu, Nabila tetap bersikap dingin terhadap Nabil malah dia berpihak kepada Adam yang terpaksa berkahwin demi menyelamatkan syarikat ayahnya. Nabil dan Nabila sering bertengkar pasal Adam.

Nabila pula menyerang Nabil kerana Natasya sering mendampingi Nabil. Suatu hari, Nabila yang tidak dapat mengawal kemarahannya telah mengatakan syarikat tidak memerlukan Nabil kerana dia boleh uruskan sendiri. Oleh kerana tercabar dengan kenyataan Nabila, Nabil telah meletak jawatan dan menghilangkan diri.

Menampilkan pelakon Fathia Latiff, Fattah Amin, Bella Dally, Erwin Dawson, Nazeera Sardi, Datuk Eizlan Yusoff dan Amy Mastura. Bersiaran 15 episod, arahan Shuhaimi Lua dan skrip oleh Mufid Suhaimi.

BENCINTA EPISOD 1 - 31/03/2015
BENCINTA EPISOD 2 - 01/04/2015
BENCINTA EPISOD 3 - 02/04/2015
BENCINTA EPISOD 4 - 07/04/2015
BENCINTA EPISOD 5 - 08/04/2015
BENCINTA EPISOD 6 - 09/04/2015
BENCINTA EPISOD 7 - 14/04/2015
BENCINTA EPISOD 8 - 15/04/2015
BENCINTA EPISOD 9 - 16/04/2015
BENCINTA EPISOD 10 - 21/04/2015
BENCINTA EPISOD 11 - 22/04/2015
BENCINTA EPISOD 12 - 23/04/2015
BENCINTA EPISOD 13 - 28/04/2015
BENCINTA EPISOD 14 - 29/04/2015
BENCINTA EPISOD AKHIR - 30/04/2015