Jangan lupa bagi Like ye, terima kasih.

Wednesday 29 April 2015

Tonton Ajaibnya Cinta

Tonton Ajaibnya Cinta

Sinopsis Ajaibnya Cinta

Akif, Halimatun, Hammara dan Maya bakal menamatkan pengajian mereka di salah sebuah universiti di Sepanyol. Namun, Hammara digantung oleh pihak universiti kerana dia selalu tidak hadir ke kuliah malah tidak menduduki 'final exam'. Halimatun begitu risaukan Hammara, begitu juga Akif. Akif mengikut Hammara bertemu dengan Maulana di sebuah perkampungan untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama Islam. Hammara mengatakan bahawa dia mula mendapat ketenangan setelah mengenali Islam yang sebenar-benarnya daripada Maulana. Dalam perjalanan pulang, Akif mula memikirkan kata-kata Hammara. Sebelum pulang ke Malaysia, Akif berjumpa dengan Hammara, meluahkan rasa terima kasihnya. Akif dapat mendalami ilmu agama dengan bantuan Hammara dan hidupnya berasa tenang. Akif turut meluahkan rasa cintanya pada Hammara. Halimatun yang mengekori Akif mula menyerang Akif dan Hammara.

Halimatun kecewa lalu mengemaskan barangnya untuk segera pulang ke Malaysia. Sementara di kampung, Pak Akob mencuba pelbagai cara untuk memikat hati Mak Cun termasuk meminta bantuan Saidatul, tetapi Mak Cun menolak cinta Pak Akob. Mak Cun berasa gembira apabila mendapat panggilan yang anak kesayangannya Halimatun akan pulang ke Malaysia. Sebaik sampai sahaja di kampung, Halimatun memberitahu Mak Cun bahawa dia mahu bekerja di Kuala Lumpur. Hammara rasa bersalah pada Halimatun, tetapi Akif mengatakan yang dia memerlukan masa untuk mengenali dirinya. Sebelum pulang ke Malaysia, Akif mencari-cari Hammara tetapi gagal. Akif pulang dengan perasaan kecewa.

Datin Suzana dan Dato’ Tajudin membuat parti sempena kepulangan Akif. Namun, Akif menasihati ibu dan ayahnya bahawa dia tidak sukakan majlis seperti itu dan lebih afdal sekiranya kepulangannya itu hanya diraikan dengan doa selamat sahaja. Datin Suzana dan Dato Tajudin berasa malu di hadapan para tetamu. Datin Suzana berasa malu dan kecewa dengan sikap Akif yang berubah sejak pulang dari Sepanyol. Apa yang dibuat serba tak kena di mata Akif, Akif juga menegur cara adiknya Mia yang berpakaian seksi dan menegur mereka tentang bersolat. Akif berkenalan dengan Cinta, perempuan simpanan kepada Dato’ Shamsul. Cinta tertarik dengan kebaikan Akif dan meminta tolong daripada Akif kerana dia mahu berubah. Akif berjanji akan membantunya. Lalu, Cinta selalu mengikut Akif dalam program-program agama di masjid. Cinta merasakan kehadiran Akif telah memberi sinaran baharu dan harapan dalam hidupnya.

Halimatun mula kecewa dengan kecurangan Akif. Akif memujuk Halimatun agar mempercayai dirinya. Semakin hari, Akif mula terperangkap dengan perasaannya kerana dia mula menyayangi Cinta. Pertemuan semula dengan Hammara juga membuatkan Akif sering terlupa akan Halimatun. Akif buntu antara Halimatun, Cinta dan Hammara yang muncul dalam hidupnya. Siapakah jodoh buat Akif?

Para pelakon Nora Danish, Shaheizy Sam, Sharifah Amani, Eirma Fatima, Betty Rahmad, Dato Rahim Razali, Balkisyh Semundur Khan, Ifa Raziah, Aqasha, Lana Nordin, Esma Daniel, Norish Karman, Mimi Ernida, Dato’ Jalaluddin Hassan, Ifa Raziah

AJAIBNYA CINTA EPISOD 1 - 18/03/2015
AJAIBNYA CINTA EPISOD 2 - 19/03/2015
AJAIBNYA CINTA EPISOD 3 - 25/03/2015
AJAIBNYA CINTA EPISOD 4 - 26/03/2015
AJAIBNYA CINTA EPISOD 5 - 01/04/2015
AJAIBNYA CINTA EPISOD 6 - 02/04/2015
AJAIBNYA CINTA EPISOD 7 - 08/04/2015
AJAIBNYA CINTA EPISOD 8 - 09/04/2015
AJAIBNYA CINTA EPISOD 9 - 15/04/2015
AJAIBNYA CINTA EPISOD 10 - 16/04/2015
AJAIBNYA CINTA EPISOD 11 - 22/04/2015
AJAIBNYA CINTA EPISOD 12 - 23/04/2015
AJAIBNYA CINTA EPISOD AKHIR - 29/04/2015