Jangan lupa bagi Like ye, terima kasih.

Sunday 15 March 2015

Jalan Taubat

Jalan Taubat

Sinopsis Jalan Taubat

Sempena Drama Festival, TV3 mempersembahkan telemovie bertajuk Jalan Taubat. Cerita mengisahkan Zul anak tunggal yang tidak pernah kenal erti serik. Di sekolah bermacam-macam denda telah diberikan namun dia tidak pernah berubah. Selepas tamat sekolah Zul tidak mempunyai pekerjaan dan sering menjadi kutu liar.

Ayahnya sering menasihatkan Zul untuk menjaga ibunya yang sedang sakit dirumah. Namun tidak diambil kisah oleh Zul. Sehinggalah pada suatu malam dia pergi ke kubur untuk memuja tarik nombor ekor. Pada malam tersebut dia bersama kawan-kawannya telah ditangkap polis dan pada malam itu juga ibunya telah meninggal dunia.

Semua ini berlaku kerana keluarganya hidup dalam serba kekurangan. Zul juga malu kerana ayahnya hanya seorang pencuci tandas. Tidak lama selepas itu, ayahnya pula meninggal duna. Kini Zul hidup keseorangan. Apakah nasib beliau selepas itu? Adakah hidupnya akan berubah? Saksikan Jalan Taubat...

Pelakon Syukri Yahya, Mubarak Majid, Zulkifli Ismail, Noralbaniah Raffie, Cha Cha Maembong.



Download Link