Jangan lupa bagi Like ye, terima kasih.

Friday 6 February 2015

Salju Sakinah

Salju Sakinah

Sinopsis Salju Sakinah, TV Alhijrah

Ketika Sumayyah habis duduki exam tahun akhir di Jordan pada masa yang sama ayahnya telah meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya. Sumayyah juga telah menerima emel daripada Afnan. Sinopsis versi novel. Karya tulisan Zaid Akhtar ini berkisarkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Sumayyah di Irbid sebagai seorang siswi / pemimpin siswi dan sebagai seorang anak, adik, jiran, bos dan penceramah muslimah di kampung halamannya.

Permulaan ceritanya mencipta kenangan dan memori tersendiri buat Sumayyah, yang seterusnya akan membuka lembaran baru untuknya. Sesuatu yang tidak diduga oleh pembaca. Jalan cerita mula berkembang apabila Sumaiyyah tiba di tanah air. Satu demi satu ujian yang dihadapinya benar-benar menguji kewarasan, kesabaran, jati diri dan maruahnya dalam setiap tindakannya. Bermula daripada keluarga, syarikat, agama, masyarakat dan diri Sumayyah sendiri. Isu-isu yang dibangkitkan adalah perkara yang terjadi di persekitaran kita tetapi kadang-kadang kita berada di luar kemampuan manusia untuk mengawalnya. Ujian yang bertimpa-timpa menghimpit Sumayyah dalam satu masa, benar-benar turut sama menghimpit jiwa pembaca. Penulis banyak bermain dengan emosi Sumayyah sehingga pembaca dapat merasai kekecewaan, kemarahan, kesedihan, kesyukuran, kelapangan, kegembiraan Sumayyah. Atau lebih tepat lagi emosi pembaca wanita. Penulis juga secara halus, menyentuh soal hiburan, eksploitasi dan aurat wanita. Ianya tidak diceritakan secara panjang lebar tetapi cukup dengan melihat respon watak-watak di dalam cerita ini. Penulis sebenarnya menegur pembaca supaya lebih sensitif dengan isu-isu yang dipandang ringan ini.

Lakonan: Rf Mbq Balqish Semundur Khan, Yus Waisar, Kay Muhid Aizad Rosli Roslan Saleh Raja Al-Jaff Jiry Damery Zzamrie Gk Zamrie Kamal Bakar Leeza Zain

SALJU SAKINAH EPISOD 1 - 11/11/2014
SALJU SAKINAH EPISOD 2 - 18/11/2014
SALJU SAKINAH EPISOD 3 - 25/11/2014
SALJU SAKINAH EPISOD 4 - 02/12/2014
SALJU SAKINAH EPISOD 5 - 09/12/2014
SALJU SAKINAH EPISOD 6 - 16/12/2014
SALJU SAKINAH EPISOD 7 - 23/12/2014
SALJU SAKINAH EPISOD 8 - 30/12/2014
SALJU SAKINAH EPISOD 9 - 06/01/2015
SALJU SAKINAH EPISOD 10 - 13/01/2015
SALJU SAKINAH EPISOD 11 - 20/01/2015
SALJU SAKINAH EPISOD 12 - 27/01/2015
SALJU SAKINAH EPISOD AKHIR - 03/02/2015