Jangan lupa bagi Like ye, terima kasih.

Monday 13 October 2014

Tonton Melarik Awan

Melarik Awan TV3

Sinopsis Melarik Awan

Kehidupan Fatihah mula diuji dengan kematian ibu tersayang kerana penyakit barah payudara. Oleh kerana tidak mahu bapanya, Harun tinggal sendirian Fatihah melupakan impiannya untuk menyambung pelajaran. Dia juga tidak mahu Harun merasa terbeban. Setelah kematian Rabiah, Harun sering sahaja didekati oleh Zaiton. Entah kenapa Harun terlalu mudah menerima kehadiran Zaiton walaupun pada mulanya Harun telah berjanji kepada Fatihah tidak akan menduakan arwah ibunya.

Pada mulanya Fatihah amat sukar menerima kenyataan bahawa dia akan menerima seorang ibu tiri dan akan menjadi kakak tiri kepada Areya. Areya sering sahaja bersikap jahat terhadap Fatihah. Tanpa pengetahuan Fatihah dan Harun sebenarnya Zaiton telah lama menaruh hati terhadap Harun tetapi Rabiah terlebih dahulu telah merebut hati Harun. Semenjak itu Zaiton bertekad untuk mendapatkan Harun dengan apa cara sekalipun termasuklah menggunakan khidmat bomoh.

Fatihah sekali lagi diuji selepas perkahwinan Harun dan Zaiton apabila ayahnya mengalami kemalangan yang mengakibatkan lumpuh dan tidak lama kemudian meninggal dunia. Akhirnya Zaiton telah menunjukkan belangnya apabila dia mengusir Fatihah dari rumah dan menjualnya kepada Rayyan, anak orang kaya yang ingin membeli tanah milik Harun. Pada mulanya Fatihah tidak mahu tetapi Zaiton tetap menghalaunya untuk membolot harta peninggalan arwah suaminya. Zaiton juga turut melemparkan pelbagai fitnah terhadap Fatihah sehingga Rayyan amat benci dan memberi layanan buruk kepada Fatihah. Hanya ibu bapa dan adik Rayyan, Haziq yang melayan Fatihah dengan baik.

Apakah yang akan terjadi kepada Fatihah yang dipaksa menjadi orang gaji di rumah Rayyan, lelaki yang tidak pernah dikenalinya? Saksikan drama bersiri terbaharu berjudul 'Melarik Awan' di slot Azalea saluran TV3 mulai 9 September 2014, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 4 petang.

Barisan pelakon Dayana Roza, Aizat Hassan, Shiqin Kamal, Ammar Titan, Anne Abdullah, Sheila Mambo dan Zulkifli Ismail.

MELARIK AWAN EPISOD 1 - 09/09/2014
MELARIK AWAN EPISOD 2 - 10/09/2014
MELARIK AWAN EPISOD 3 - 11/09/2014
MELARIK AWAN EPISOD 4 - 15/09/2014
MELARIK AWAN EPISOD 5 - 16/09/2014
MELARIK AWAN EPISOD 6 - 17/09/2014
MELARIK AWAN EPISOD 7 - 18/09/2014
MELARIK AWAN EPISOD 8 - 22/09/2014
MELARIK AWAN EPISOD 9 - 23/09/2014
MELARIK AWAN EPISOD 10 - 24/09/2014
MELARIK AWAN EPISOD 11 - 25/09/2014
MELARIK AWAN EPISOD 12 - 29/09/2014
MELARIK AWAN EPISOD 13 - 30/09/2014
MELARIK AWAN EPISOD 14 - 01/10/2014
MELARIK AWAN EPISOD 15 - 02/10/2014
MELARIK AWAN EPISOD 16 - 06/10/2014
MELARIK AWAN EPISOD 17 - 07/10/2014
MELARIK AWAN EPISOD 18 - 08/10/2014
MELARIK AWAN EPISOD 19 - 09/10/2014
MELARIK AWAN EPISOD AKHIR - 13/10/2014