Sinopsis Kereta Kita
Amran sering pulang lewat sejak 6 bulan ini. Isterinya, Jas mengesyaki Amran ada hubungan sulit dengan Azizah. Rupa-rupanya, Amran sibuk dengan projek membaik pulih kereta Proton Saga "BCP 1035" yang lama di sebuah bengkel. Jas tidak faham kenapa suaminya sanggup bekerja keras dan menghabiskan wang untuk kereta buruk itu. Amran memujuk Jas dan beritahu sebabnya. Proton Saga berwarna merah itu dibeli oleh ayah Amran pada tahun pelancaran Proton Saga iaitu 1985. Semasa ayah membawa pulang kereta itu, budak-budak kampung berarak mengiringi kereta itu. Sejak hari itu, Proton Saga merah yang dinamakan sebagai 'Azizah' menjadi kebanggaan ayah Amran sehinggalah kenderaan tersebut terpaksa dijual untuk membiayai kos pelajaran Amran ke universiti. Amran berjanji kepada ayahnya dia akan belajar bersungguh-sungguh dan kembalikan kereta itu kepada ayahnya. Bagi Amran, kereta ini banyak memberi makna dalam hidup mereka. Kereta ini juga ada kisah hidup keluarga yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.