Jangan lupa bagi Like ye, terima kasih.

Friday 12 December 2014

Tonton Kifarah

Sinopsis Kifarah

Satu lagi drama bersiri terbaru berjudul KIFARAH akan ditayangkan di slot Zehra saluran TV3. Drama terbitan Luqsar Kreatif ini diarahkan oleh Tuan Heykal Hanifah manakala penulis skripnya ialah Mama Bella, MF Kencana dan Mahizan Husain. Antara pelakonnya ialah Syafie Naswip, Erin Malek, Hairi Safwan, Norman Hakim, Faezah Elai dan ramai lagi.
Drama ini akan bersiaran selepas berakhirnya drama Menjinak Ombak yang telah menamatkan tayangan minggu lepas. Setiap episod drama ini mempunyai kisah yang berbeza tanpa kesinambungan perceritaan. Antara judul episodnya ialah Badi, Di Angin Lalu, Amanah, Duit, Bisikan Qarin, Kudrat Anak, Wifi Ada Tak? dan Zakat Membawa Berkat.