Sinopsis Romi Cinta Julia
Romi Cinta Julia mengisahkan Julia anak bongsu kepada pasangan Malik dan Sabariah yang berusia 20 tahun. Julia sangat manja dan ingin orang di sekelilingnya mengikut segala kemahuannya. Dia yang sedang belajar di salah sebuah kolej swasta sedang mabuk bercinta dengan Jeff iaitu anak kepada jiran tetangganya. Jeff mempengaruhi Julia untuk berhenti belajar dan mencari kerja lalu berkahwin dengannya. Orang tua Julia sungguh kecewa dan tidak merestui hubungannya dengan Jeff yang dianggap memberi pengaruh buruk untuk masa depan anaknya.
Malik dan Sabariah kemudiannya bercadang untuk menjodohkan Julia dengan Romi Suffian yang berusia 27 tahun. Romi adalah anak daripada kenalan lama mereka yang sudah berhijrah dan menetap di Australia. Romi telah dipertanggungjawabkan oleh ibu bapanya untuk menguruskan sebuah syarikat penerbitan buku di sini. Romi sendiri sedang dalam proses mencari bahan untuk menulis satu buku bertajuk “Wanita Solehah : Liku untuk ke jalannya”.
Romi bersetuju dinikahkan dengan Julia. Walaubagaimanapun, Julia menolak sekeras-kerasnya kerana begitu mencintai Jeff. Disebabkan itu, orang tua Julia telah meletakkan Julia di rumah kakaknya di daerah lain bagi mengelakkannya daripada bertemu dengan Jeff. Namun, Julia dan Jeff terus mengatur strategi untuk lari dari halangan itu. Secara rahsia, Jeff menghasut Julia untuk turun dari biliknya di tingkat empat apartment kakaknya dengan menggunakan kain yang diikat bersambung-sambung dan dijadikan tali. Julia nekad walaupun ia mengundang risiko. Apalagi setelah dia melihat Jeff menunggunya di bawah.
Ketika turun, kain yang diikat itu terputus kerana tidak mampu menampung berat badannya. Julia terjatuh dan cedera parah manakala Jeff yang ketakutan melarikan diri. Julia segera dikejarkan ke hospital dan dibedah kerana kecederaan pada tulangnya.
Sejak itu, hidup Julia dirundung malang. Dia kesal kerana Jeff terus menghilangkan diri walaupun dia begitu merindui kehadiran Jeff. Romi pula dengan beraninya mengambil tanggungjawab untuk menikahi Julia walaupun dalam keadaan Julia yang masih tidak boleh bergerak. Akhirnya, Romi dan Julia bernikah. Namun, Julia tidak begitu redha menerima Romi.
Semenjak itu, Romi mengambil alih tugas menjaga Julia. Dia berusaha dengan cara rawatan moden dan tradisional bagi mempercepatkan proses pemulihan Julia. Harapan Romi cuma satu,agar Julia sembuh secepat mungkin. Dalam diam, Julia mulai tersentuh dengan budi baik suaminya itu. Romi tetap sabar walaupun Julia gagal memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Di samping itu, Romi terus menyiapkan bukunya dengan mengambil Julia sebagai ‘role’ ceritanya sehinggalah Julia pulih. Julia mulai menjalani kehidupan sebagai isteri Romi.
Namun, kasih Julia tidak cukup kuat untuk Romi. Jeff muncul kembali menagih cintanya. Jeff merayu Julia memaafkannya dengan alasan yang cukup kukuh. Mana mungkin Julia melupakan cinta pertamanya semudah itu. Kalau dulu, Julia nekad meninggalkan keluarganya, mengapa tidak kini? Romi hanya suami yang muncul selepas hujan lebat.
Saksikan drama Romi Cinta Julia dalam slot Lestary bermula 27 Februari 2014 pada jam 9 malam di TV3.
Lakonan: Syarul Ridzwan (Romi), Aisya Hasnaa (Julia), Aidil Aziz, Leez Rosli, Isma Daniel, Aida Aris, Mahmud Ali Basha, Mia Ahmad, Maria Farida dan ramai lagi.
Lagu OST : Wanita Sempurna oleh Ning Baizura
Tonton online di tonton.com.my

ROMI CINTA JULIA EPISOD 6 - 03/04/2014
ROMI CINTA JULIA EPISOD 7 - 10/04/2014
ROMI CINTA JULIA EPISOD 8 - 17/04/2014
ROMI CINTA JULIA EPISOD 9 - 24/04/2014
ROMI CINTA JULIA EPISOD 10 - 01/05/2014
ROMI CINTA JULIA EPISOD 11 - 08/05/2014
ROMI CINTA JULIA EPISOD 12 - 15/05/2014
ROMI CINTA JULIA EPISOD AKHIR - 22/05/2014