Jangan lupa bagi Like ye, terima kasih.

Saturday 15 March 2014

Tonton Mat Three Four

Sinopsis
Mengisahkan seorang anak muda bernama Mat yang menetap di sebuah kampung dan hidup sebatang kara selepas kematian neneknya. Setiap malam, Mat mendengar lagu lama daripada kaset menggunakan radio buruk miliknya. Walaupun dia buta huruf namun dia tetap disenangi oleh penduduk kampung. Mat suka menyanyi dan mendapat gelaran ‘Mat Three Four’ kerana setiap kali penduduk menyebut ‘Three Four”, dia akan terus menyanyi walau di mana saja. Walaupun disenangi penduduk, Mat dibenci Penghulu Ghani yang mempunyai anak gadis cantik iaitu Suriati yang baru tamat pelajarannya dari maktab perguruan dan pulang ke kampung untuk mengajar. Sejak Mat membantu memperbaiki motosikal Suriati yang rosak, hubungan mereka semakin rapat dan wanita itu turut mengajar Mat untuk membaca. Satu hari, anak Pak Tam datang ke kampung berkenaan dan jatuh cinta terhadap Suriati. Dia menyampaikan hajatnya kepada Penghulu Ghani untuk meminang anaknya itu. 2 minggu berlalu dan deruan kereta rombongan untuk meminang Suriati berdesup lalu di hadapan rumah Mat membuatkan hati Mat tambah kecewa dan terluka. Siapakah pilihan Suriati? Saksikan dan tonton Mat Three Four setiap Sabtu, mulai 7 Disember 2013 jam 9 malam di TV3

Pelakon
Ammar Titan, Puteri Sarah, Sabri Yunus, Nam Ron dan Khatijah Tan.