Jangan lupa bagi Like ye, terima kasih.

Monday 17 February 2014

Tonton Madu

Sinopsis Madu
Madu mengisahkan Anita yang mempunyai 2 orang anak iaitu Shah dan Shima. Anak pertamanya Shah bekerja sebagai pramugara dan Shima pula baru memulakan tugas dalam bidang perhubungan awam. Shima selalu bekerja tidak tentu masa dan sering kali balik lewat malam.

Suami Anita iaitu Mazlan pula selalu bertugas ‘outstation’ untuk menguruskan syarikat landskap dan seni tamannya. Anita berasa bosan kerana selalu ditinggalkan. Bagaimanapun, hati Anita sedikit terubat apabila setiap kali pulang bertugas, Shah memberikan cenderamata dari luar negara, tetapi selalunya cita rasa Shah tidak menepati kehendak ibunya.

Dalam pada itu, Anita teringin pergi melancong, tetapi kerana kesibukan suaminya itu, hasratnya tidak pernah tercapai. Perniagaan Mazlan pun bukannya selalu berada pada tahap yang bagus. Oleh itu, Anita tidak mahu begitu membebankan Mazlan dengan keinginannya.

Anita yang terus kebosanan tinggal di rumah seorang diri mula mencetuskan idea gilanya. Dia sering melayari Facebook, Instagram, lalu terlihat gambar pramugari melancong ke sana sini. Dia minta Shah berkahwin, tetapi Shah pula tak mahu mengahwini seorang pramugari. Lalu Anita mencadangkan Shah mencari madu untuknya dalam kalangan pramugari.

Shah pada mulanya menganggap isterinya tidak serius, tetapi selepas dia melihat kesungguhan Anita, dengan berat hati Shah terpaksa bersetuju. Shah perlu mencari calon yang betul-betul boleh dipercayainya. Ia juga perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Anita. Apabila Shima mendapat tahu, dia naik angin kerana kenapa perlu ada ibu tiri pula.

Selepas lebih kurang 2 minggu Mazlan berada di Kuching, dia balik ke rumah. Dia terkejut apabila Shima memberitahu yang Anita sudah memilih calon isteri kedua untuknya dan pada mulanya Mazlan menolak kerana kononnya dia sangat setia serta sayangkan Anita.

Rupa-rupanya Mazlan ada rahsia yang disembunyikan daripada Anita. Untuk mengetahui apakah yang akan berlaku dalam keluarga ini, tonton kesudahan cerita ini. Tonton online di tonton.com.my