Sinopsis
Sejak kecil lagi, hubungan antara Tina Abdullah dan adiknya, Jenny Tan kurang baik. Permusuhan ini memuncak apabila Tina telah berkahwin dengan bekas teman lelaki Jenny. Ketika Tahun Baru Cina pada tahun-tahun sebelumnya, Tina dan Jenny akan menghubungi ibubapa mereka dan memastikan mereka pulang pada tarikh yang berlainan, supaya tidak bertemu. Ibu bapa mereka, Aunty Mei dan Uncle Tong mengimpikan untuk ‘Makan Besar’ bersama anak-anaknya. Aunty Mei dan Uncle Tong berpakat untuk mendapatkan bantuan menantu mereka dengan alasan palsu bahawa Uncle Tong sakit tenat. Berjayakah rancangan mereka untuk menyatukan mereka berdua??