Jangan lupa bagi Like ye, terima kasih.

Monday 10 March 2014

Jodoh Itu Milik Kita Episod Penuh

Jodoh Itu Milik Kita Astro

Pelakon
Farid Kamil (Aariz), Tiz Zaqyah (Dahlia), Syazwan zulkiply (Syafiq), Nabila Huda, Keith Foo.

Sinopsis
Perkenalan antara Dahlia dan Puan Marina membawa kepada pertunangan dengan Syafiq, anak Puan Marina. Walaupun mereka tidak pernah bercinta namun Dahlia bersetuju dengan pinangan Puan Marina kerana rasa hormat dan sayangnya pada wanita tersebut. Tambahan pula dia berasa simpati pada Puan Marina yang menghidap kanser perut dan tidak mahu mengecewakannya.

Pada hari pernikahan mereka, Syafiq melarikan diri atas sebab tidak dapat menerima pernikahan pilihan keluarga. Dalam kekusutan yang berlaku, Aariz Danial, abang kepada Syafiq yang baru kembali dari Melbourne diminta oleh Puan Marina agar menggantikan adiknya sebagai pengantin lelaki. Walaupun Dahlia membangkang keras, dia akhirnya terpaksa akur tatkala Puan Marina mula merayu-rayu. Aariz dan Dahlia bermula sebagai seorang kawan dahulu walaupun sudah halal berkahwin. Hormat menghormati sesama sendiri. Tanpa pengetahuan mereka, cinta diantara mereka sudah berputik. Syafiq telah ke Christchurch, New Zealand untuk mencari Alya, teman wanitanya yang melarikan diri daripadanya kerana takutkannya.

Sementara itu, Aariz mula bimbang apabila ibunya memintanya membawa Syafiq pulang. Syafiq juga terkejut apabila mengetahui Dahlia berkahwin dengan Aariz. Perasaan benci membuak di hati Syafiq, lantas dia berikrar untuk memusnahkan kebahagiaan Aariz. Provokasi bermula. Aariz yang semakin berubah membuatkan Dahlia risau. Syafiq mula mempengaruhi Dahlia tentang siapa diri Aariz Danial yang sebenar. Tonton kisah selanjutnya.