Mengisahkan Nik Yah terpaksa menerima lamaran Hj Dollah yang lebih tua darinya. “Cinta itu saja tak cukup buat kita bahagia Yah” kata nenek kepada Yah. Ibu dan Pak Cik Ihsan suruh dia melupakan Yah kerana ibu bapa Yah merupakan orang yg tak baik. Ihsan tetap dengan pendiriannya. Nenek menceritakan kepada Yah mengapa orang kampong sering menghina ibu bapa Yah. Ibunya bekerja di kelab malam manakala ayahnya hutang keliling pinggang. Ramai orang mendesak Yah untuk menerima lamaran Hj Dollah supaya nasib hidup Yah akan berubah dan lebih terjamin.